Babi Hutan

Fakta Tentang Babi Hutan

Advertise in MyZooTaiping

Berdasarkan kepada kajian DNA, babi hutan berasal daripada kepulauan di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina, dan kemudian menyebar ke daratan Eurasia dan Afrika Utara.

Bentuk tubuh Babi Hutan lebih kurus dan bulunya lebih kasar daripada babi ternakan. Ia memiliki gigi taring yang panjang dan sentiasa tumbuh, seperti gading. Warna bulunya pula pelbagai, ia mungkin berwarna kelabu gelap, perang atau hitam.

Saiznya berbeza mengikut kawasan taburan. Babi hutan lebih besar di tempat-tempat yang lebih sejuk tetapi semakin kecil semakin hampir ke kawasan tropika.

Babi hutan matang pada usia 1 tahun. Ia membiak sepanjang tahun. Selepas mengandung 115 hari, ia melahirkan 1 - 7 ekor anak.

Babi hutan mempunyai jangka hayat sekitar 25 tahun.

LoDoPage Services

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping