Beruk Kentoi

Fakta Tentang Beruk Kentoi

Advertise in MyZooTaiping

Beruk Kentoi tinggal secara berkumpulan yang terdiri daripada 20 - 50 ahli yang diketuai oleh jantan yang berkuasa. Beruk jantan ini menunjukkan kekuasaannya dengan menyeringkah gigi taringnya yang panjang.

Beruk Kentui berasal daripada kawasan Indo-China seperti China, Myanmar, Vietnam dan Thailand.

Mereka biasanya berada di atas tanah sebab mereka kurang tangkas di atas pokok dan berjalan dengan empat kaki.

Seperti beruk yang lain, ada kantung di dalam pipinya untuk menyimpan makanan sementara mencari makanan. Makanan kegemarannya adalah seperti buah-buahan, katak dan ketam.

Tidak seperti beruk yang lain, beruk ini tidak pandai berenang.

Tempoh bunting Beruk Kentoi adalah selama 177 hari dan hanya melahirkan seekor anak setiap 2 tahun.

Advertise in MyZooTaiping

Beruk Kentoi mempunyai jangka hayat sekitar 30 tahun.

Clik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping