Buaya Jejulong

Fakta Tentang Buaya Jejulong

LoDoPage Services

Buaya Jejulong adalah sejenis buaya air tawar yang besar. Ia hanya ditemui di Asia Tenggara.

Ia diberikan nama False Gharial disebabkan muncungnya yang panjang lagi tirus, mirip buaya Gharial yang terdapat di Utara India.

Buaya Jejulong boleh membesar sehingga 6 meter panjang dan 1,000 kilogram berat. Ia mempunyai jangka hayat 60 tahun.

Buaya Jejulong betina matang apabila mencapai saiz 2.5 – 3 meter. Buaya betina bertelur antara 20 – 60 butir sekali. Telur akan menetas selepas 90 hari.

Sangat sedikit daripada anak-anak buaya Jejulong yang terus hidup sehingga dewasa kerana kebanyakannya dimakan oleh pemangsa seperti babi hutan dan ular.

LoDoPage Services

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping