Buaya Tembaga

Fakta Tentang Buaya Tembaga

LoDoPage Services

Buaya Tembaga adalah reptilia yang terbesar di dunia dan sering kali dikatakan paling berbahaya kepada manusia. Ia boleh dijumpai di beberapa habitat dari Asia Tenggara hingga ke utara Australia.

Buaya Tembaga jantan biasanya berukuran diantara 6 - 7 meter dan bagi betina pula adalah 3 - 4 meter. Beratnya boleh mencapai sehingga 1300 kg untuk jantan dan 900 kg untuk betina.

Buaya Tembaga merupakan pemangsa yang berupaya menangkap haiwan sebesar kerbau, sama ada di dalam air atau di darat. Anak buaya akan makan haiwan lebih kecil seperti serangga, amfibia, haiwan bercangkerang, reptilia kecil dan ikan.

Teknik buruannya yang dahsyat ialah gulungan maut, mencengkam mangsanya dengan rahangnya yang kuat sambil menggulingkannya berkali-kali sehingga mangsanya mati.

Buaya tembaga boleh menghasilkan antara 35 - 50 biji telur pada satu-satu masa, dan penetasan berlaku selepas 90 hari. Suhu penetasan menentukan jenis jantina dari telur buaya.

Tahukah anda! Suhu telur buaya pada 31.6 darjah Celsius akan menghasilkan anak jantan. Manakala suhu yang lebih tinggi atau rendah daripada 31.6 darjah Celsius akan menghasilkan anak betina.

Advertise in MyZooTaiping

Jangka hayat Buaya Tembaga adalah 70 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping