Burung Hantu Bubu

Fakta Tentang Burung Hantu Bubu

Advertise in MyZooTaiping

Burung Hantu Bubu juga seekor burung tempatan dan boleh ditemui di sekitar Asia tenggara.

Habitatnya di kawasan hutan tropika dan sun-tropika tanah rendah.

Makanan utamanya adalah tikus, serangga, burung kecil dan reptilia, terutamanya ular, menjadikannya pengawal haiwan perosak semulajadi.

Burung hantu ini selalunya ditemui bersendirian atau berpasangan. Ia membuat sarang di dalam lubang pokok-pokok tinggi. Ia akan bersarang di lubang pokok yang sama setiap tahun.

Musim pembiakannya dari bulan Februari hingga Jun. Ia akan menghasilkan 1 biji telur dalam satu musim.

Purata jangka hayatnya adalah sekitar 14 tahun.

Advertise in MyZooTaiping

Burung hantu ini boleh mengeluarkan bunyi kuat dan bergetar yang agak menggerunkan.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping