Burung Hantu Carik Kafan

Fakta Tentang Burung Hantu Carik Kafan

LoDoPage Services

Burung Hantu Carik Kafan adalah burung hantu yang termasuk dalam genus burung hantu tanpa telinga (earless owl genus). Ini adalah kerana ia tidak ada bulu telinga yang jelas kelihatan.

Burung hantu ini boleh ditemui disekitar Borneo, tetapi tidak dapat ditemui di dalam Pulau Borneo itu sendiri.

Burung hantu ini selalunya ditemui bersendirian atau berpasangan. Ia membuat sarang di dalam lubang pokok-pokok tinggi. Kadang-kala, sarangnya boleh dijumpai pada paku-pakis yang tumbuh di atas pohon pokok.

Musim pembiakannya dari bulan Januari hingga Ogos. Ia akan melahirkan 1 – 3 biji telur dalam satu musim.

Makanan utama burung hantu ini ialah tikus. Kadang-kala, ia juga makan serangga dan burung kecil.

Burung hantu ini boleh mengeluarkan bunyi kuat dan bergetar yang agak menggerunkan.

Advertise in MyZooTaiping

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping