Burung Kasawari

Fakta Tentang Burung Kasawari

LoDoPage Services

Burung Kasawari ialah burung yang kedua terbesar di dunia selepas Burung Unta. Burung yang tidak boleh terbang ini ditemui di Kepulauan Papua New Guinea dan Timur laut Australia.

Terdapat 3 spesies Kasawari.

Kasawari Utara ialah spesies yang terbesar dan paling terancam. Ia mempunyai leher yang merah atau kuning keemasan dan gelambir kecil.

Kasawari Selatan ialah spesies yang paling biasa ditemui, ia mempunyai dua gelambir yang panjang pada lehernya.

Kasawari Kerdil ialah spesies yang paling kecil dan jarang ditemui.

Semua Kasawari mempunyai kaska berwarna kelabu di atas kepala mereka tetapi berbeza bentuk dan saiz.

LoDoPage Services

Burung Kasawari ialah seekor burung yang pemalu. Tetapi jika rasa terancam, ia boleh menyebabkan luka parah dengan kukunya yang setajam pisau atau tendangannya yang dahsyat.

Burung jantan boleh mencapai ketinggian 150 cm dan berat 37 kg. Manakala burung betina boleh mencapai ketinggian 180 cm dengan berat 58 kg.

Ia boleh berlari 50 km/j dan melompat setinggi 1.5 m ke udara. Ia juga boleh berenang dengan amat baik.

Burung Kasawari hidup bersendirian. Ia hanya berpasangan pada musim membiak iaitu Jun - Oktober. Burung jantan melingkar di sekeliling burung betina dan memanggilnya dengan frekuensi rendah. Burung betina melahirkan 3 – 6 telur berukuran 138 mm x 95 mm. Telur mempunyai permukaan berbutir dan berwarna hijau kacang polong. Telur akan menetas selepas 60 hari.

Selepas bertelur, Kasawari betina akan meninggalkan sarang. Burung jantan akan mengeram telur dan menjaga anak-anaknya sendiri.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping