Emu

Fakta Tentang Emu

Advertise in MyZooTaiping

Emu adalah sejenis burung yang tidak boleh terbang. Ia merupakan burung ketiga terbesar di dunia selepas burung unta dan burung Kasawari.

Emu Jantan dan betina kelihatan serupa tetapi Emu betina biasanya lebih besar.

Emu terdapat di Australia, terutamanya di kawasan hutan jarang, tanah semak-samun, padang rumput dan padang pasir. Bagaimanapun, mereka tidak dijumpai di dalam hutan hujan.

Emu memakan tumbuhan seperti rumput, bunga dan biji-bijian, tetapi mereka juga memakan serangga seperti belalang. Emu minum air sebanyak satu atau dua kali sehari.

Emu sentiasa bergerak dan sangat pantas, sehingga 50km/j. Ia berjalan dengan gerakan yang bergoyang. Emu adalah sejenis burung pengembara, terdapat emu yang boleh merantau beratus-ratus kilometer.

Emu berpasangan untuk membiak setelah mereka berumur sekitar 2 tahun. Emu jantan akan membina sarangnya daripada rumput di tanah. Betina akan bertelur 5 hingga 20 telur di sarang yang lebarnya 1 meter.

Advertise in MyZooTaiping

Telur akan dieram oleh Emu jantan selama 8 minggu. Setelah menetas, emu jantan akan menjaga anak-anaknya selama 6 hingga 9 bulan.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping