Gajah Asia

Fakta Tentang Gajah Asia

Advertise in MyZooTaiping

Gajah Asia adalah haiwan darat yang besar. Ia didapati dari Sri Lanka, India melalui Indochina sehingga ke Malaysia.

Kini, kebanyakan Gajah Asia digunakan sebagai tenaga kerja dan sangat sedikit sahaja yang tinggal di hutan.

Mamalia ini mempunyai pertalian sosial yang kukuh dan hidup di dalam kumpulan keluarga yang diketuai oleh seekor gajah betina utama. Kadangkala, gajah jantan akan menyertai kumpulan itu.

Gajah pandai berenang. Ia tidak mempunyai pemangsa semula jadi kecuali manusia. Ia menghadapi bahaya kepupusan disebabkan oleh kehilangan habitat dan pemburuan haram untuk mendapatkan gadingnya yang amat berharga.

Gading merupakan dua batang gigi hadapan gajah yang tumbuh sangat panjang. Gading digunakan untuk menggali akar dan umbi tumbuh-tumbuhan. Gading gajah juga digunakan untuk mempertahankan diri dan menarik perhatian gajah betina. Gading gajah boleh tumbuh sehingga 1.5 m.

Sesetengah Gajah betina bergading kecil yang dipanggil ‘tushes” dan yang lebih besar selalunya berkedudukan lebih tinggi daripada yang langsung tidak ada atau lebih kecil.

LoDoPage Services

Binatang pemakan tumbuhan ini besar, berkulit tebal dan memiliki telinga yang berbentuk kipas. Telinganya bukan hanya kuat mendengar, ianya juga membantu mengurangkan suhu badan yang berlebihan, dengan pengaliran darah panas di bawah kulit.

Kulit gajah adalah berwarna kelabu coklat yang berkedut dan berbulu sedikit.

Tempoh mengandung Gajah adalah 20 - 22 bulan, dan akan melahirkan antara 1 ekor anak. Gajah jantan mencapai kematangan pada umur 10 - 14 tahun, manakala gajah betina adalah 8 - 9 tahun.

Jangka hayat gajah adalah 60 - 75 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping