Harimau Dahan

Fakta Tentang Harimau Dahan

LoDoPage Services

Harimau Dahan adalah spesies yang terkecil di kalangan kucing-kucing besar.

Kucing yang pemalu ini aktif pada waktu malam dan hidup bersendirian. Ia didapati di Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.

Ia hidup di atas pokok, memburu mangsa dan berehat di atas dahan-dahan pada siang hari.

Mangsa buruan Harimau dahan adalah seperti rusa, beruk, kongkang, landak nibong, landak raya, dan tupai.

Tahukah anda! Ia merupakan salah satu pemanjat yang terbaik di dalam keluarga kucing. Ia boleh memanjat secara terbalik melalui bawah dahan, bergantung dengan kaki belakang dan menuruni pokok dengan kepala dahulu.

Walaupun begitu, ia juga menghabiskan banyak masa di atas tanah, dan berada di habitat yang tanpa pokok yang tinggi.

LoDoPage Services

Harimau Dahan menandakan kawasannya dengan semburan air kencing dan menggosok kepala pada pohon atau batu.

Seperti kucing besar lain, Harimau Dahan tidak boleh mendengkur, sebaliknya mempunyai pelbagai hasilan vokal yang lain termasuk mengiau, mendesir, mengeram dan meneran.

Musim mengawan Harimau Dahan adalah sepanjang tahun tetapi lebih kerap dari bulan Disember - Mac.

Tempoh Mengandung Harimau Dahan adalah 85 - 93 hari, dan melahirkan 1 - 5 ekor anak.

Jangka hayat Harimau Dahan adalah 14 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping