Harimau Kumbang

Fakta Tentang Harimau Kumbang

Advertise in MyZooTaiping

Harimau Kumbang adalah variasi melanistik bagi spesies harimau bintang. Purata berat bagi seekor Harimau Kumbang adalah 60 kg. Berat bagi seekor Harimau Kumbang jantan boleh mencapai sehingga 90 kg.

Panjang tapak kaki Harimau Kumbang adalah lebih pendek berbanding Harimau Belang, iaitu kurang daripada 7 cm. Panjang keseluruhan seekor Harimau Kumbang dari kepala ke ekor boleh mencapai sehingga 2 m.

Harimau Kumbang adalah haiwan yang aktif pada waktu malam dan menghabiskan waktu siangnya berehat.

Harimau Kumbang adalah pemangsa yang sangat cerdik, kuat, pantas, tenang dan berhati-hati. Ia jarang dilihat orang di dalam hutan. Harimau Kumbang boleh berlari sehingga mencapai kelajuan 60 km/j. Kelajuan ini hanya boleh dicapai bila berlari jarak dekat sahaja.

Harimau Kumbang mengawan sepanjang tahun. Selepas mengawan, mereka terus berpisah. Harimau Kumbang betina akan mencari sebuah jerumun untuk melahirkan anak-anaknya.

Tempoh mengandung Harimau Kumbang adalah 15 minggu, dan melahirkan 1 - 3 ekor anak. Anak-anak harimau dilahirkan buta dan akan disusui selama 8 minggu.

LoDoPage Services

Jangka hayat Harimau kumbang adalah di antara 15 - 20 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping