Harimau Malaya

Pengenalan Harimau Malaya pada Zoo Taiping dan Night Safari

Fakta Tentang Harimau Malaya

Advertise in MyZooTaiping

Harimau ialah kucing yang terbesar di dunia! Ia adalah salah satu daripada 4 kucing besar di dalam genus Panthera, kucing-kucing yang mengaum.

Harimau didapati di Asia Timur dan Selatan tetapi telah kehilangan 93% daripada taburan asal.

Ia mudah dikenali melalui bulu jingganya yang berbelang di mana setiap harimau memiliki corak belang yang unik, sama seperti cap jari manusia.

Harimau hidup bersendirian dan bersifat kewilayahan, dan memerlukan kawasan habitat 60 - 100 km persegi bagi menampung keperluan memburu mangsanya.

Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter dan berat 300 kilogram.

Di alam liar, harimau biasanya memakan haiwan bersaiz besar atau sederhana seperti rusa seladang, babi hutan, kerbau, harimau bintang, ular sawa, buaya dan sebagainya.

LoDoPage Services

Harimau Belang ialah subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia dan selatan Negara Thai.

Pada mulanya ia diklasifikasikan sebagai Harimau Indochina sehingga ujian genetik mengesahkan bahawa harimau ini ialah subspesies yang tersendiri pada tahun 2004.

Di Malaysia, harimau juga dikenali sebagai Pak Belang atau Datuk Harimau. Bilangan mereka hanyalah kira-kira 500 ekor dan kebayakannya didapati di Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu. Tiada Harimau terdapat di Sabah dan Sarawak. Berbanding dengan subspesies harimau yang lain, Harimau Belang adalah lebih kecil.

Musim mengawan harimau adalah sepanjang tahun tetapi lebih kerap dari bulan November - April. Selepas mengawan, mereka terus berpisah. Harimau betina akan mencari sebuah jerumun untuk melahirkan anak-anaknya.

Tempoh mengandung harimau adalah 16 minggu, dan melahirkan sehingga 3 - 4 ekor anak seperinduk. Anak-anak harimau dilahirkan buta dan akan disusui selama 8 minggu.

Jangka hayat Harimau Belang adalah di antara 20 - 26 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping