Kambing Gurun

Fakta Tentang Kambing Gurun

Advertise in MyZooTaiping

Kambing Gurun ialah sejenis kambing-antelop yang dahulunya didapati dengan luasnya di Asia Tengah, Timur dan Tenggara. Kini, mereka jarang ditemui dan kebanyakannya di kawasan perlindungan hidupan liar.

Kambing Gurun adalah binatang yang hidup bersendirian dan bersifat kewilayahan.

Tahukah anda! Kambing gurun bukan sahaja boleh melompat dari batu ke batu serta mendaki kawasan yang curam, Ia juga boleh memanjat pokok dan berenang ke pulau-pulau yang berdekatan.

Di bawah kedua-dua matanya ada kelenjar air mata yang jelas kelihatan. Air matanya disapu pada dahan atau batu untuk menandakan kawasannya.

Musim Kambing Gurun adalah dalam bulan Oktober hingga November. Kambing betina akan mengandungkan anaknya selama 7 bulan. Ia akan melahirkan seekor anak setiap kali.

Jangka hayat Kambing Gurun adalah 10 tahun.

LoDoPage Services

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping