Keperluan Segera Dalam Pemuliharaan Alam Semula Jadi

Advertise in MyZooTaiping

Adakah Alam Semula jadi memerlukan anda atau anda memerlukan alam semula jadi? Rasa-rasanya apakah jawapan anda?

Planet kita berada di persimpangan jalan. Kita perlu menentukan hala tujunya di masa depan. Ramai orang masih tidak sedar, manakala ada yang mengabaikan fakta, bahawa kita sedang menolak planet kita ke ambang kerosakan yang teruk. Dalam bidang sains, akibat daripada tindakan kita tidak pernah lebih jelas. Kita telah menunjukkan kesedaran dengan meningkatkan pelaburan dalam mencari penyelesaian terbaik.

Walau apa jua pun penyelesaian saintifik, Bumi tidak akan lagi seindah seperti sebelumnya, jika ia hanya daripada usaha kumpulan kecil. Sama seperti vaksinasi, banyak orang mesti berganding bahu untuk menyelamatkan planet ini. Kami berharap anda adalah salah seorang daripadanya.

Ancaman dan Tekanan Luar Biasa

Bilangan penduduk dunia telah meningkat sebanyak 7 kali ganda sejak dari revolusi perindustrian, dan telah melebihi 7.6 bilion orang. Permintaan untuk tenaga, tanah, dan air telah meningkat seiring dengan peningkatan populasi manusia yang mendadak. Berjuta-juta spesies menjadi ancaman akibat daripada aktiviti manusia seperti pembandaran, pertanian, perindustrian, eksploitasi berlebihan sumber Bumi, pencemaran, pemburuan haram dan perubahan iklim.

Kepupusan Abnormal berbanding Normal

Perubahan yang diaruh oleh manusia adalah sangat hebat sehingga memasuki era Anthropocene, iaitu zaman geologi baharu dengan iklim dan ekosistem planet ini berubah dengan ketara akibat daripada aktiviti manusia.

Kadar kepupusan yang tidak seimbang, iaitu 1000–10,000 kali lebih besar daripada kadar kepupusan ambang, telah memberi kesan kepada kepelbagaian biologi kita yang kaya. Daripada 8.7 juta spesies, 1 juta dijangka akan pupus.

Advertise in MyZooTaiping

Terdapat satu kepupusan sedang berlaku sewaktu anda membaca ini.

Mengapa Biodiversiti Penting?

Segala yang membentuk masyarakat manusia moden adalah daripada alam semula jadi. Kesihatan, kekayaan, mata pencarian, makanan, sumber hidup, budaya dan kerohanian kita bergantung kepada alam semula jadi.

Ubat dicipta menggunakan bahan semula jadi. Alam semula jadi menyumbang kepada penghasilan semua sumber makanan kita. Menurut penyelidikan, keadaan persekitaran semula jadi mencerminkan kesihatan kita.

Menurut Forum Ekonomi Dunia, alam semula jadi menyumbang kepada lebih separuh daripada KDNK dunia atau sekitar 44 trilion dolar. Satu perlima daripada penduduk dunia bergantung kepada hutan untuk mata pencarian mereka.

Apakah yang akan berlaku jika bahan-bahan untuk masakan tradisional atau gambaran agama haiwan hilang? Adakah identiti budaya kita akan hilang? Adakah kita akan meninggalkan pegangan agama kita?

Sebelum Terlambat

Adakah kita mampu memperlahankan kadar kehilangan biodiversiti? Jawapannya adalah mustahil. Kehilangan biodiversiti tidak dapat dipulihkan. Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.

Walaupun terdapat pelbagai perjanjian dasar antarabangsa, dasar kerajaan tempatan dan penyelidikan yang meluas, kepelbagaian biodiversiti masih semakin berkurangan. Apakah yang boleh anda lakukan secara peribadi dan sebagai ahli dalam sesuatu perusahaan?

Apa Perlu Anda Lakukan?

Untuk menyelamatkan Bumi untuk generasi yang akan datang, satu-satunya pilihan adalah manusia menyesuaikan diri dengan gaya hidup dengan lebih mampan dan bersesuaian dengan kemampuan kehidupan yang boleh ditampung oleh planet kita.

Sebagai ahli dalam sesuatu perusahaan, anda harus menyemak semula semua prosedur operasi dan menyelaraskan semua proses untuk meminimumkan keperluan tenaga serta sumber asli. Objektif utama adalah untuk mengurangkan jejak karbon bagi keseluruhan operasi perusahaan anda.

Sebagai individu, matlamat peribadi anda seharusnya adalah untuk mengurangkan kesan karbon dalam aktiviti harian anda. Hanya dapatkan apa yang perlukan, bukan apa yang dikehendaki. Menyokong produk daripada amalan pembuatan mampan. Menggalakkan barangan keluaran tempatan untuk mengurangkan jejak karbon yang dihasilkan sewaktu proses logistik. Pilih produk dengan pembungkusan yang lebih kecil atau boleh dikitar semula. Kurangkan pembaziran makanan serta sumber lain. Mengamalkan gaya hidup yang memberikan kesan paling minimum ke atas alam sekitar.

Kelangsungan hidup generasi akan datang berada di tangan anda.