Kijang

Fakta Tentang Kijang

LoDoPage Services

Kijang mempunyai bentuk huruf ‘Y’ pada mukanya! Bentuk ini adalah tulang yang timbul bermula dari bahagian akar tanduk di atas mata, merentasi sisi muka sehinggalah ia bercantum pada bahagian hidungnya.

Tahukah Anda! Kijang digelar Barking Deer di dalam bahasa Inggeris sebab ia berbunyi seperti salakan anjing bila mengesan bahaya!

Pembesaran dari kelenjar lakrimal yang terletak di bawah kedua-dua mata Kijang digunakan untuk menandakan kawasannya dan berkomunikasi dengan kijang lain.

Kijang biasanya hidup bersendirian kecuali kijang betina bersama anaknya atau kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk apabila hendak mengawan. Berbeza dengan rusa-rusa lain. Kijang tidak ada musim mengawan dan pembiakan berlaku sepanjang tahun.

Diet utama kijang adalah terdiri daripada rumput, daun, buah-buahan dan pucuk pokok pelbagai spesies.

Tempoh mengandung Kijang adalah 210 hari, dan akan melahirkan antara 1 - 2 ekor anak. Kelahiran selalunya berada di kawasan semak yang terlindung. Anak Kijang bersembunyi sehingga ia cukup kuat untuk mengekori ibunya.

LoDoPage Services

Jangka hayat Kijang adalah 10 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping