Kongkang

Fakta Tentang Kongkang

LoDoPage Services

Kongkang bukan monyet ataupun mawas. Ia adalah salah satu jenis primata yang dikenali sebagai prosimian. Sejarah prosimian bermula lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Iaitu di penghujung zaman dinosaur.

Kongkang adalah haiwan yang aktif pada waktu malam. Ia boleh ditemui di Asia Tenggara dan kawasan bersempadannya.

Kongkang mempunyai kepala bulat, moncong sempit dan mata besar. Lengan dan kaki mereka hampir sama panjang. Ia juga mempunyai pelbagai corak perwarnaan khas bergantung pada spesies.

Kongkang tiada musim membiak yang tetap. Tempoh mengandung adalah lebih kurang 193 hari. Biasanya melahirkan seekor anak. Kadang-kala dua. Jangka hayatnya adalah 14 – 20 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping