Landak Raya

Fakta Tentang Landak Raya

Advertise in MyZooTaiping

Landak Raya ialah rondensia yang pemalu, sukar ditemui dan bersifat nokturnal.

Landak Raya boleh ditemui sebahagian besar di Asia seperti China, India, Indochina, Indonesia, Brunei dan Malaysia.

Landak Raya adalah haiwan daratan dan biasanya hidup dalam kumpulan kecil di pelbagai jenis habitat hutan. Ia hidup di atas tanah dan membuat tempat tinggal di bawah akar-akar pokok, di celah rekahan batu atau lubang-lubang yang dikoreknya sendiri atau yang telah ditinggalkan oleh haiwan lain.

Landak raya adalah perenang yang cekap tetapi tidak cekap memanjat pokok.

Makanan kegemaran landak raya adalah seperti buah-buahan, serangga dan tumbuh-tumbuhan.

Landak raya berkongsi lubang dengan pasangan dan anak-anaknya.

Advertise in MyZooTaiping

Tempoh mengandung adalah selama 110 hari, dan boleh melahirkan 1 - 2 ekor anak setahun.

Jangka hayat landak Raya adalah diantara 12 - 15 tahun.

Bila landak raya terancam, ia akan menghentakkan kakinya serta menggoncangkan ekornya untuk menghasilkan bunyi yang berdetar. Bukan seperti dipercayai ramai, ia tidak boleh menembakkan dedurinya.

Otot-otot di pangkal setiap duri akan mendirikannya apabila landak ini terkejut, supaya ia kelihatan lebih besar! Seperti rambut lain, duri landak juga gugur secara semula jadi, lebih-lebih lagi tatkala haiwan ini bergoncang dengan kuatnya.

Landak boleh menyerang musuhnya. Jadi berhati-hatilah jika anda terserempak dengan seekor landak.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping