Mahkota Emas Yang Dibanggakan

LoDoPage Services

Di kawasan berumput dan tanah lembap Afrika, terdapat salah satu jenis burung terbesar di dunia yang dikenali sebagai Jenjang Jambul Emas. Burung ini dikenali sebagai simbol keamanan antarabangsa dan sangat dihargai oleh penduduk Afrika. Menariknya, dua variasi burung jenjang berprestij ini mempunyai kepentingan nasional, dengan burung jenjang mahkota kelabu merupakan burung kebangsaan negara Uganda manakala burung jenjang mahkota hitam adalah burung kebangsaan negara Nigeria.

Burung glamor sejati

Jenjang Jambul Emas mungkin salah satu burung jenjang paling menarik dalam keluarganya. Penampilan yang anggun, adalah disebabkan oleh kehadiran bulu tegar emas pada kepalanya yang kelihatan seperti mahkota. Dengan pipi yang bertompok merah dan putih besar di belakang matanya, Jenjang Jambul Emas adalah pemandangan yang sangat senang untuk dilihat. Badannya yang dilitupi bulu hitam atau kelabu dengan warna keemasan dan ekor berwarna putih, berkilauan di bawah sinaran cahaya matahari. Bulu yang indah ini diimbangi oleh kaki yang kecil berpelengkap, yang membolehkan ia berpaut sewaktu menghinggap.

Menikmati kehidupan yang tenang

Jenjang Jambul Emas tinggal di kawasan Savana tropika sub-Sahara Afrika, jauh dari gangguan manusia. Mereka boleh terbang sejauh beberapa batu untuk menukar biom, dari Sudan ke Ethiopia di timur dan Senegal ke Gambia di pantai barat. Burung-burung ini mencari biom yang hampir serupa, bergantung kepada keberadaan sumber makanan dan tempat bersarang. Jenjang Jambul Emas ini lebih suka menetap di tanah lembap cetek, paya banjir dan padang rumput, di mana mereka boleh memakan tumbuhan, serangga dan ikan kecil.

Kekasih yang setia

Mereka adalah monogami yang bermaksud bahawa berpasangan dengan satu pasangan sahaja bukan untuk kelangsungan generasi seterusnya. Burung ini suka membina ikatan dengan pasangan mereka dan akan memilih pasangannya sewaktu musim mengawan yang berlangsung dari Julai hingga Oktober. Pasangan itu akan melakukan hampir semua perkara secara bersama-sama, daripada membina sarang hingga bergilir-gilir mengeram telur selama kira-kira 31 hari. Mereka juga dikenali untuk berselisik antara satu sama lain.

Flamboyan dan ekspresif

Burung penyayang ini suka menari sepanjang masa. Mereka akan mempamerkan persembahan yang megah dengan melebarkan sayap mereka selebar 2 meter, melompat-lompat dengan panggilan iringan yang berbunyi seperti hon rendah dan lembut, semuanya untuk menyatakan kegembiraan dan kasih sayang mereka terhadap pasangan mereka.

Mahkota yang diancam

Ancaman utama kepada burung ini ialah kemerosotan habitatnya, berlaku akibat kemarau, pengeringan berlaku ke atas tanah lembap, kegunaan tanah untuk pertanian, pembinaan empangan, dan rumput diragut berlebihan oleh ternakan. Penangkapan secara haram, perdagangan dan penternakan juga telah menyebabkan populasi mereka merosot, mendorong kepada burung yang hebat ini terancam.

LoDoPage Services

Status Senarai Merah IUCN telah menganggap burung ini sebagai terancam. Trend populasi mereka juga semakin berkurangan kerana Jenjang Jambul Emas ini tidak dapat bertahan sehingga menjadi dewasa.

Ditulis oleh Hamzah Rajput (INTI International University)