Mamalia dengan Tanduk di Hidung

LoDoPage Services

Badak sumbu atau rhinocerous adalah satu-satunya mega fauna dengan 1 atau 2 tanduk di hidungnya. Nama itu terbentuk daripada 2 perkataan Yunani. Perkataan “Rhino” ialah hidung, manakala perkataan “ceros” ialah tanduk. Rhinocerous adalah nama panggilan biasa bagi mereka. Ia adalah haiwan herbivor berotak kecil serta penglihatan yang teruk.

Buat masa ini, terdapat hanya 5 spesies yang wujud di Bumi. Badak Putih dan Badak Hitam didapati Afrika. Manakala Badak India, Badak Javan dan Badak Sumatera berada di Asia.

Mari kita lihat beberapa ciri yang menjadikan badak sumbu, badak sumbu.

Tanduk Badak, Bukan Tanduk Rusa

Tanduk badak bukanlah pertumbuhan tulang tengkorak seperti tanduk rusa. Sebaliknya, ia muncul dari pangkal kulit. Ia mempunyai teras tulang dengan salutan keratin yang padat, yang serupa seperti protein pada rambut dan kuku manusia. Ia akan terus memanjang sepanjang hayat badak sumbu, sama seperti rambut dan kuku kita. Tanduk adalah struktur kekal. Namun begitu, jika seekor badak sumbu kehilangan tanduknya, ia boleh tumbuh kembali dalam masa kira-kira 3 tahun.

Badak Hitam, Badak Putih dan Badak Sumatera masing-masing mempunyai 2 tanduk, namun Badak India dan Badak Javan hanya mempunyai 1 tanduk. Tanduk terpanjang pernah direkodkan ialah 59 inci, dimiliki oleh Badak Putih.

Senjata Pertahanan

Tanduk mereka kelihatan sebagai senjata yang berkesan untuk mempertahankan diri daripada pemangsa. Walau bagaimanapun, terdapat salah faham umum bahawa tanduk adalah senjata utama. Sebaliknya, kebanyakan badak sumbu menggunakan gigi mereka untuk merodok lawannya.

Advertise in MyZooTaiping

Pachyderms

Badak sumbu adalah pachyderms, iaitu haiwan berkulit tebal. Mereka mengalami pachydermoperiostosis, gangguan genetik pada kromosom X, yang menyebabkan kulit menebal. Ketebalan kulit mereka adalah di antara 1.5 hingga 5 cm. Kulit mereka terdiri daripada lapisan kolagen.

Hitam atau Putih

Nama Badak Hitam dan Putih adalah mengelirukan, kerana kedua-duanya sebenarnya berwarna kelabu atau coklat. Badak Putih lebih pucat daripada spesies lain. Walaupun begitu, Badak Putih dianggap telah memperoleh namanya daripada perkataan Afrikaans untuk lebar, yang merujuk kepada bibirnya yang lebar dan segi empat sama.

Badak Hitam mempunyai bibir atas yang runcing. Nama itu bagaimanapun tiada kaitan dengan bentuk bibir. Lumpur hitam dan basah di dalam kubangan mereka berkemungkinan besar memberi nama kepada mereka.

Kedua Terbesar

Badak Putih ialah spesies badak sumbu terbesar dan mamalia darat kedua terbesar selepas gajah. Badak Putih yang matang mempunyai panjang sekitar 4 m dan ketinggian 2 m. Beratnya boleh mencecah antara 2,700 dan 4,500 kg, seperti berat sebuah kenderaan utiliti sukan yang besar atau ambulans.

Kawan Baik, Kawan Jahat

Di Afrika, badak sumbu mempunyai hubungan simbiotik dengan oxpeckers, juga dikenali sebagai “Burung Kutu”. Mereka dikenali sebagai “pengawal badak” kerana mereka memakan kutu dan serangga lain pada badan badak. Ia juga membantu badan badak dalam penyingkiran tahi telinga dan minyak. Apabila ia mengesan bahaya, ia juga membuat kekecohan, memberi amaran kepada badak. Walaupun begitu, oxpeckers juga mematuk luka badak, yang perlu ditahan oleh badak sumbu.

Terancam Secara Kritikal

Senarai Merah IUCN telah mengklasifikasikan 3 daripada 5 spesies badak sumbu hidup sebagai terancam kritikal, iaitu Badak Hitam, Badak Javan dan Badak Sumatera. Hanya 18 dan 30 individu dewasa yang masih hidup, masing-masing untuk Badak Javan dan Badak Sumatera. Kesemuanya berada di Taman Negara Ujung Kulon, di pantai barat Jawa. Spesies ini mempunyai risiko sebayak 50% untuk pupus abad ini. Manusia, sekali lagi, satu-satunya pemangsa sebenar badak sumbu.