Memerang Licin

Fakta Tentang Memerang Licin

LoDoPage Services

Memerang Licin adalah memerang yang paling biasa ditemui. Ia dipanggil sedemikian kerana bulunya yang lebih pendek dan licin daripada bulu memerang yang lain.

Memerang ini setia pada satu pasangan dan hidup sepanjang tahun dalam kumpulan keluarga yang terdiri daripada 6 - 8 ekor ahli.

Ia mempunyai kepala yang lebih bulat dan hidungnya tidak berbulu berbanding memerang lain. Bentuk ekornya lebih leper berbanding ekor memerang lain yang lebih bulat dan berukuran 60% daripada panjang badannya.

Seperti memerang lain, memerang licin memiliki jejari yang berkulit renang serta kaki yang kuat dengan kuku tajam.

Sebahagian besar makanan memerang adalah ikan. Ia juga memburu tikus, ular, amfibia dan serangga sebagai makanan.

Musim mengawan memerang licin adalah sepanjang tahun tetapi lebih kerap dari bulan Oktober - Februari.

LoDoPage Services

Tempoh Mengandung memerang licin adalah 60 - 63 hari, dan melahirkan sehingga 5 ekor anak.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping