Orang Utan

Fakta Tentang Orang Utan

LoDoPage Services

Orang Utan ialah penghuni pokok yang terbesar di dunia. Ia membuat sarang di atas pokok dengan menggunakan dedaun dan ranting.

Orang Utan adalah satu-satunya mawas besar yang terdapat di Asia. Mawas-mawas besar yang lain hanya boleh ditemui di benua Afrika, seperti Bonobo, Cimpanzi and Gorilla.

Seperti mawas besar yang lain, Orang Utan adalah amat cerdik. Mereka selalu menggunakan alatan ringkas di dalam aktiviti harian. Orang Utan juga mengajar satu sama lain kemahiran baru yang diturunkan kepada generasi berikutnya.

Orang Utan mempunyai jangka hayat 40 sehingga 60 tahun. Kebanyakan masanya, ia suka hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil.

Orang Utan jantan matang sepenuhnya antara umur 15 sehingga 20 tahun. Ia mempunyai pipi yang lebar dan kantung tekak yang besar. Pengembangan kantung tekak membolehkannya menghasilkan "panggilan panjang" dari sejauh 3km untuk mengumumkan kehadirannya dan juga untuk menarik perhatian betina yang ingin mengawan.

Pergaduhan fizikal sering berlaku di antara dua jantan yang matang apabila hadirnya seekor betina yang ingin mengawan. Biasanya perkelahian berlaku untuk beberapa minit sahaja atau lebih dari sejam.

LoDoPage Services

Orang Utan betina matang antara umur 10 sehingga 15 tahun, dan boleh melahirkan seekor anak setiap 6 sehingga 8 tahun, selepas mengandung selama 8 bulan.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping