Pembunuh Sering dilupakan dari Laut

LoDoPage Services

Jerung mungkin haiwan yang paling menakutkan di laut dalam. Namun, terdapat satu lagi haiwan menakutkan yang tinggal dalam kawasan dalam air masin yang sering tidak disedari. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang dibunuh oleh haiwan ini setiap tahun.

Jika anda berseronok di kawasan di mana air sungai pasang surut, dataran banjir pantai, lopak air dan kawasan berpaya di kawasan tropika, anda perlu berhati-hati dengan kehadiran buaya air masin.

Reptilia terbesar ini boleh membesar sehingga 5-6 m panjang dan beratnya boleh mencecah 500 kg. Mereka mempunyai kulit tebal yang dilapisi dengan plat tulang yang memanjang sehingga ke kaki berselaput cakar mereka. Tambahan daripada itu, adalah sebahagian besar otot yang merentasi badannya hingga ke ekornya, menjadikannya haiwan perisai paling berkuasa yang wujud sejak dari 200 juta tahun yang lalu.

Mari kita memahami haiwan yang menakutkan ini dengan lebih lanjut.

Tenang sebelum ribut

Buaya air masin sentiasa bergerak secara perlahan di dalam air dan akan menyerang mangsanya secara pantas dan senyap dari bawah air yang tenang, memakan apa sahaja yang boleh diratah oleh rahang mereka. Mereka menggunakan rahangnya yang kuat untuk menggigit mangsa, sambil memutarkan badannya ke sisi sambil menarik mangsanya di bawah air, akhirnya melemaskannya.

Gigitan yang paling hebat

Buaya air masin dipercayai mempunyai tekanan gigitan yang paling kuat berbanding haiwan lain, dan sekuat T-Rex. Otot rahang Buaya air masin sepanjang 4.6 m boleh menghasilkan tekanan sekuat 2 tan, yang cukup untuk menghasilkan lubang pada plat logam.

LoDoPage Services

Suhu adalah segalanya bagi mereka

Buaya air masin adalah haiwan ektoterma. Oleh itu, ia mengawal suhu badannya dengan bergerak keluar dan masuk air. Tingkah laku lain seperti berjemur, mencari teduh, dan menganga mulut digunakan untuk mengawal suhu badannya semasa berada di luar air.

Tempat yang mempunyai suhu persekitaran sekitar 35°C, seperti kawasan paya berlumpur atau tepi sungai yang sering disinari oleh cahaya matahari adalah habitat biasa mereka.

Suhu menentukan kewujudan mereka

Jantan menjadi lebih ekstrovert terhadap betina semasa musim mengawan yang bermula pada akhir Oktober dan berakhir pada Jun. Jantan berebut untuk “berjemur” dengan niat mengawan dengan buaya betina. Apa yang menarik, jantina buaya air masin ditentukan oleh suhu di dalam telur sewaktu pengeraman. Suhu dalam julat 31-33°C akan menghasilkan buaya jantan, dan suhu yang lebih rendah menghasilkan buaya betina.

Tidak pernah mendengar mereka bercakap

Buaya hampir tidak menghasilkan sebarang bunyi sama sekali. Mungkin anda tertanya-tanya sama ada mereka berkomunikasi satu sama lain.

Walaupun mereka hanya menghasilkan bunyi gemuruh yang rendah, mereka kebanyakannya berkomunikasi mengggunakan isyarat visual dan kimia. Kedudukan badan seperti menaikkan muncung adalah menandakan penyerahan, dan melengkung ekor adalah menandakan ancaman.

Tidak perlu menyebut tentang bahaya

Dengan pergerakan senyap, kadar penyerangan yang pantas dan gigitan berkekuatan 2 tan, manusia tidak mempunyai peluang sama sekali. Buaya adalah haiwan bersifat kewilayahan, dan penceroboh tidak diterima dengan baik. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menjaga jarak dan bergerak secara berhati-hati, kerana buaya air masin ini boleh bersembunyi di dalam yang air cetek.

Spesies paling bertuah

Menurut status Senarai Merah IUCN yang dinilai pada 2019, buaya air masin berstatus tidak terancam, dengan kira-kira 500,000 individu masih berada di alam liar. Bagaimanapun, kerana kulitnya yang berharga, buaya ini tetap menjadi buruan pemburu haram.

Ditulis oleh Hamzah Rajput (INTI International University)