Rusa Bawean

Fakta Tentang Rusa Bawean

Advertise in MyZooTaiping

Rusa Bawean adalah rusa bersaiz kecil yang hanya boleh didapati di Pulau Bawean, sebuah pulau kecil di antara Pulau Jawa dan Pulau Borneo. Spesies ini sangat terancam oleh aktiviti pemburuan dan pembalakan kayu jati di pulau itu.

Rusa Bawean aktif pada waktu subuh, senja dan malam. Ia berehat pada siang hari di dalam hutan tebal dan keluar ke kawasan hutan terbuka ada waktu senja. Di sinilah semua aktiviti sosial berlaku seperti mencari pasangan, mencabar, berlawan dan mengawan.

Walaupun Rusa Bawean selalunya bersendirian mereka sering berhubung di antara satu sama lain secara vokal. Ia mengeluarkan bunyi seperti salakan tetapi tidak seperti Kijang, ia tidak berbunyi bila ada ancaman. Sebaliknya ia cuba melarikan diri dengan senyap untuk mengelakkan daripada dikesan.

Makan utama Rusa Bawean adalah terdiri daripada rumput, daun dan pucuk pokok pelbagai spesies.

Tempoh mengandung Rusa Bawean adalah 225 - 230 hari, dan akan melahirkan antara 1 - 2 ekor anak. Anak Rusa Bawean biasanya dilahirkan di antara bulan Februari dan Jun.

Jangka hayat Rusa Bawean adalah 15 tahun.

Advertise in MyZooTaiping

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping