Rusa Ubi

Fakta Tentang Rusa Ubi

Advertise in MyZooTaiping

Rusa Ubi aktif pada waktu malam atau senja. Rusa ubi jantan ialah antara rusa yang terbesar di Asia Tenggara. Ia sering bersendirian, amat kewilayahan dan agresif pada musim mengawan. Rusa jantan berpoligami, ia akan mengawan dengan sebanyak rusa betina yang boleh.

Rusa betina pula hidup dalam kawanan yang kecil yang terdiri daripada 3 atau 4 ekor ahli sahaja, iaitu seekor betina dewasa, anaknya yang baru lahir, dan seekor atau dua rusa yang belum matang.

Rusa ubi membiak sepanjang tahun tetapi lebih kerap antara bulan September - Januari. Jangka masa mengandung ialah 8 - 9 bulan dan selalunya hanya seekor anak dilahirkan dan disusui selama beberapa bulan.

Makanan utamanya adalah rumput, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Ubi sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Ia akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, ia akan terus terjun ke sungai dan berenang untuk melarikan diri.

Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter. Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7 - 2.7 meter, beratnya 150 - 315 kilogram.

Jangka hayat Rusa Ubi adalah 26 tahun.

LoDoPage Services

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping