Seladang

Fakta Tentang Seladang

LoDoPage Services

Seladang ialah spesies lembu liar yang terdapat di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Seladang adalah yang terkuat dan terberat di kalangan semua lembu liar dan antara haiwan darat yang paling besar, selepas gajah, badak sumbu dan badak air. Badan seladang yang terbesar sama berat dengan seekor zirafah iaitu lebih kurang 1500 kg.

Seladang jantan dewasa mempunyai badan yang berotot besar, bonjol tulang belakang yang tinggi dan daging dada yang besar, membuatkan ia tampak sangat gagah.

Seladang hidup dalam kumpulan yang boleh terdiri daripada 30 ekor, dan diketuai oleh seekor jantan yang dominan. Mereka aktif pada waktu subuh dan senja, dan berehat di bawah pokok pada siang hari.

Diet utama seladang adalah terdiri daripada bahagian atas tumbuh-tumbuhan iaitu daun, pucuk, biji dan bunga pelbagai spesies.

Musim mengawan berlaku sepanjang tahun, tetapi lebih kerap pada bulan Disember dan Jun. Tempoh mengandung adalah 275 hari, dan akan melahirkan antara 1 - 2 ekor anak.

LoDoPage Services

Jangka hayat seladang adalah 25 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping