Sesuatu Berkaitan Dengan Badak Air

Advertise in MyZooTaiping

Hippopotamus, juga dikenali sebagai badak air, adalah mamalia darat ketiga terbesar selepas gajah dan badak sumbu. Badak air adalah haiwan separa akuatik besar yang boleh didapati di kawasan Afrika Sub-Sahara. Oleh kerana ia menghabiskan banyak masa di dalam air, nama mereka berasal dari perkataan Yunani untuk “kuda air” atau “kuda sungai”.

Badak air mempunyai torso berbentuk seperti tong yang besar, mulut yang boleh terbuka luas dengan gading taring yang besar, serta badan yang hampir tidak berbulu. Badak air jantan dewasa boleh mencapai berat sehingga 1,500 kg, manakala yang betina boleh mencapai berat sehingga 1,300 kg.

Terdapat banyak salah tanggapan berkenaan mega herbivor yang unik serta berbahaya ini. Mari kita kenali mereka dengan lebih mendalam.

Badak air adalah Perenang Hebat?

Badak air menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sungai, tasik, dan paya bakau. Akibatnya, kebanyakan kita percaya mereka adalah perenang yang sangat baik. Ia adalah sebaliknya. Mereka tidak boleh berenang. Sebaliknya, mereka berbaring di kawasan cetek, berdiri di atas lantai tasik, mengimbangi jari jemari mereka, atau berlari melintasinya.

Badak air boleh Bernafas Di Dalam Air?

Badak air menyelam dan sentiasa berada di bawah air. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh bernafas di bawah air. Mereka hanya boleh menahan nafas selama kira-kira 7 minit. Mereka biasanya muncul atas permukaan setiap 3 hingga 5 minit untuk bernafas. Pergerakan untuk timbul semula bagi tujuan pernafasan adalah automatik. Walaupun Badak air sedang tidur nyenyak di bawah air, ia akan naik ke permukaan untuk mengambil nafas tanpa bangun.

Badak air tidak suka Cuaca Panas?

Badak air kerap kelihatan di dalam air. Tetapi ia bukan kerana panasterik. Tujuannya adalah untuk melindungi kulit mereka yang sangat sensitif daripada cahaya matahari. Apabila Badak air terdedah kepada cahaya matahari, kulitnya akan merembeskan cecair berminyak kemerahan. Kerana warnanya yang kemerahan, rembesan ini digelar “peluh darah.” Walau bagaimanapun, ia bukan peluh atau darah kerana Badak air tidak mempunyai sebarang kelenjar peluh pada kulitnya.

LoDoPage Services

Dua komponen utama “peluh darah” ialah asid hipposudorik yang berwarna merah, dan asid norhipposudorik yang berwarna oren. Rembesan ini berfungsi sebagai pelindung matahari dan mempunyai fungsi sebagai anti-bakteria.

Badak Air Haiwan bersifat Kewilayahan?

Badak air memang mempamerkan tingkah laku kewilayahan, tetapi hanya apabila berada di dalam air dan bukan di darat. Air adalah persekitaran yang lebih selamat untuk Badak air, mungkin disebabkan oleh kurangnya pemangsa. Oleh itu, peristiwa terpenting dalam hidup mereka, seperti mengawan dan melahirkan anak, berlaku di dalam air. Untuk menandakan wilayah mereka, Badak air membuat bunyi hon atau dengusan di dalam air.

Badak Air adalah Kuat Makan?

Badak air biasanya dianggap akan makan dengan banyak kerana saiz badannya yang besar. Pada hakikatnya, mereka hanya mengambil 1 hingga 1.5% daripada berat badan mereka setiap hari. Ia adalah pemakan yang lebih kecil berbanding dengan herbivor lain. Sebagai contoh seperti lembu, mengambil makanan sebanyak 2%, daripada berat badan mereka setiap hari, manakala kambing mengambil makanan sehingga, 3 hingga 4% daripada berat badan mereka setiap hari.