Si Bintik Anggun

LoDoPage Services

Dari padang rumput sehingga hutan di benua kecil India, rusa Axis mungkin spesies rusa yang paling cantik dan pintar. Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti rusa belang, chital atau cheetal. Istilah chital berasal dari perkataan Sanskrit “Chitrala” yang diterjemahkan sebagai “mempunyai bintik-bintik”, nama serupa dengan cheetah.

Perkasa dan Anggun

Rusa Axis merupakan salah satu rusa terbesar dari segi ketinggian dan berat. Rusa jantan boleh seberat seorang manusia dewasa dan boleh membesar setinggi 90 cm. Ia mempunyai tanduk berbentuk tiga tin mengagumkan dan merupakan yang paling panjang di antara mana-mana haiwan. Rusa betina biasanya bersaiz lebih kecil daripada rusa jantan, dengan tahap keanggunan yang setara, dengan bintik-bintik putih yang menyerlahkan pada kulit berwarna keemasan mereka.

Ia hampir seolah-olah rusa jantan tahu perawakannya, rusa ini mempunyai hierarkinya tersendiri, di mana “rusa alfa” diberi keutamaan berbanding yang lain untuk sebarang sumber. Rusa alfa dicabar untuk tempat mereka dalam kawanannya oleh rusa jantan muda, ia diketahui boleh menjadi ganas dan agresif sewaktu cabaran ini berlaku.

Jom kita jadi kawan

Spesies rusa yang agak intuitif ini diketahui membentuk pakatan dengan spesies haiwan lain. Sekumpulan rusa, kadang-kadang dilohat mencari makan bersama-sama dengan monyet. Monyet dan rusa membantu dalam melindungi satu sama lain daripada pemangsa. Monyet dengan keupayaannya untuk melihat pemangsa dari atas pokok dan deria bau rusa yang tajam mengesan pemangsa dari jauh.

Setia Ketika Mereka Datang

Rusa ini mempunyai hubungan monogami. Apabila rusa jantan menjadi dewasa, ia akan berlawan dengan rusa jantan lain, dan rusa jantan alfa akan memilih rusa betina dalam kumpulan, dan berpasangan untuk tempoh yang lama.

Tabiat monogami ini memberi kelebihan kepada spesies ini, meningkatkan kemalaran genetik di mana rusa jantan yang lebih muda dan lebih kuat berpeluang untuk membiak. Berbeza dengan hubungan poligami di mana lebih daripada satu pasangan digunakan untuk pembiakan. Ia mengehadkan kepelbagaian gen kerana hanya rusa alfa yang dominan membiak dengan rusa betina, menyebabkan rusa lain tidak berpeluang untuk menurunkan baka mereka.

Advertise in MyZooTaiping

Mengambil alih Dunia!

Rusa Axis boleh didapati di pelbagai pelosok dunia, ia diperkenalkan di Hawaii, Texas, California, dan juga Australia sebagai haiwan buruan, tetapi kemudiannya menjadi spesies yang dominan. Lebih-lebih lagi, rusa Axis berupaya membiak dengan cepat.

Ia diperkenalkan di kawasan, di mana ia tidak mempunyai pemangsa semulajadinya. Ditambah dengan kadar pertumbuhan mereka, rusa ini telah merosakkan susunan alam semula jadi sesuatu tempat dengan kadar pemakanan yang berlebihan.

Menurut Senarai Merah IUCN, ia mempunyai paling kurang risiko untuk mengalami kepupusan. Satu-satunya ancaman kepada rusa Axis ialah kehilangan habitat, akibat ragut yang berlebihan pada tumbuhan serta rumput dan campur tangan oleh manusia. Namun begitu, pelbagai usaha telah diambil oleh badan kawal selia untuk memastikan kemandirian spesies yang cantik ini.

Ditulis oleh Hamzah Rajput (INTI International University)