Singa Afrika

Fakta Tentang Singa Afrika

Advertise in MyZooTaiping

Singa Afrika boleh ditemui di padang rumput savana di mana tersebarnya pokok Acacia yang digunakan sebagai teduhan untuk singa. Habitat singa asalnya mencakupi sebahagian besar Afrika kecuali zon hutan hujan tengah dan gurun Sahara.

Singa jauh lebih gemar hidup berkawanan berbanding dengan spesies kucing lain. Sekawan singa terdiri daripada beberapa jantan dewasa, betina-betina bersaudara dan anak-anak.

Kebanyakan singa betina membiak sebaik sahaja berumur empat tahun. Singa tidak mengawan pada musim tertentu, malah betinanya adalah poliestrus, iaitu mengovum lebih sekali setahun.

Tempoh kebuntingan purata kira-kira 110 hari, kemudian betina melahirkan satu hingga empat ekor anak seperinduk di dalam jerumun yang terlindung jauh dari kawanan.

Anak singa dilahirkan buta, matanya tidak celik sehingga kira-kira seminggu selepas lahir. Anak beratnya 1.2 – 2.1 kg, mula merangkak sehari dua selepas lahir dan berjalan kira-kira umur tiga minggu.

Singa merupakan haiwan hiperkarnivor, dimana ia tidak terlalu cerewet memilih mangsa dan memburu secara berkelompok. Mangsanya rata-rata terdiri daripada mamalia, khususnya ungulat, terutama sekali wildebeest, kuda belang, kerbau, dan zirafah.

LoDoPage Services

Tahukah anda! Singa meluangkan banyak masa untuk berehat iaitu selama kira-kira 20 jam sehari.

Berat badan singa adalah 150 - 250 kg untuk jantan dan 120 - 182 kg untuk betina.

Singa yang hidup liar jarang ada yang hidup lebih lama daripada 10 - 14 tahun, lebih-lebih lagi hayatnya dipendekkan lagi oleh kecederaan akibat bergaduh. Singa dalam kurungan mampu hidup menjangkau 20 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping