Tapir

Fakta Tentang Tapir

Advertise in MyZooTaiping

Tapir merupakan sejenis haiwan mamalia yang telah lama wujud. Ia juga dikenali sebagai Cipan, Kipan, Badak Tampung, Badak Tenuk, Badak Babi, Kuda Air dan Senuk.

Terdapat empat jenis Tapir, satu di Asia dan tiga lagi di Amerika Tengah dan Selatan. Tapir Malaysia adalah spesies yang terbesar dan hanya di Asia Tenggara.

Tapir jenis ini mudah dikenali melalui warna bulunya yang putih dan hitam. Corak begini tampak sangat ketara tetapi sebenarnya membantu Tapir menyamarkan diri dalam hutan pada waktu malam sebab ia merupakan seekor haiwan nokturnal.

Tapir mengembara untuk jarak yang jauh untuk mencari makanan. Ia boleh memanjat bukit dan berenang dengan baik. Ia tinggal dalam kumpulan yang kecil terdiri daripada sepasang dewasa atau ibu bersama anak-anaknya.

Rupa anak Tapir agak berbeza daripada Tapir dewasa. Bulunya yang perang berbelang mendatar serta berbintik seolah-olah biji tembikai coklat. Apabila berusia 4 - 7 bulan, barulah anak Tapir mula kelihatan seperti Tapir dewasa. Hidung dan bibirnya pula bercantum menjadi belalai pendek dan sangat fleksibel.

Pemakanan utama Tapir adalah terdiri daripada bahagian atas tumbuh-tumbuhan iaitu daun, pucuk, biji dan bunga pelbagai spesies.

LoDoPage Services

Musim mengawan berlaku sepanjang tahun, tetapi lebih kerap pada bulan Disember - Jun. Tempoh mengandung adalah 390 - 400 hari, dan akan melahirkan antara 1 ekor anak.

Jangka hayat Tapir adalah 30 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping