Ungka Tangan Putih

Fakta Tentang Ungka Tangan Putih

Advertise in MyZooTaiping

Ungka Tangan Putih ditemui di Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar dan Thailand. Ia mempunyai tangan dan kaki yang berwarna putih.

Ungka Tangan Putih dikenali sebagai penghibur rimba. Setiap pagi, hutan rimba dihiburkan oleh sahutan-sahutan nyaring kumpulan-kumpulan ungka yang berbeza. “Duet-duet” ini biasanya di antara pasangan ungka yang telah mengawan. Di samping mengeratkan hubungan mereka, laungan-laungan ini juga untuk mengisytiharkan kawasan setiap kumpulan serta menghalau para penceroboh.

Permakanan Ungka Tangan Putih adalah buah-buahan, daun, serangga dan bunga.

Tempoh mengandung adalah lebih kurang 6 bulan. Biasanya melahirkan seekor anak. Jangka hayatnya adalah lebih kurang 25 tahun.

Ungka Tangan Putih adalah primata yang terancam, disebabkan pemburuan dan kehilangan habitat akibat aktiviti manusia. Sertailah kami untuk memulihara persekitaran kita!

Advertise in MyZooTaiping

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping