Walabi

Fakta Tentang Walabi

LoDoPage Services

Walabi ialah istilah am untuk spesies makropod yang lebih kecil daripada kanggaru.

Walabi berasal daripada Australia serta kepulauan yang berhampiran.

Walabi adalah binatang herbivor dan makanan utamanya adalah seperti rumput dan tumbuh-tumbuhan.

Kesemua Walabi adalah haiwan marsupial iaitu mamalia “berkantung” di mana anaknya dilahirkan sangat kecil dan belum sempurna.

Selepas mengandung selama 30 hari, ibu Walabi melahirkan anak yang buta dan tidak berbulu atau ‘joey’.

Anaknya akan memanjat ke dalam kantung ibunya untuk disusui dan terus membesar selama 8 - 9 bulan. Walaupun sudah meninggalkan kantung ibunya, ia akan masuk semula ke dalam kantung ibunya apabila ia terasa bahaya.

LoDoPage Services

Jangka hayat Walabi adalah 12 tahun.

Klik di sini untuk Permainan Keseronokan MyZooTaiping